Home PageBusinessMulakan perniagaan fesyen dengan Esgesee.com

Saban hari semakin ramai usahawan muda yang mula mendapat pendapatan yang lumayan. Malah memang tidak dinafikan peluang perniagaan semakin banyak dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Namun ada juga perniagaan yang hanya memerlukan anda seorang sahaja dan ia boleh dilakukan secara online.

Salah satu daripada peluang perniagaan online tersebut ialah mulakan perniagaan online secara drop-ship. Ramai yang pernah mendengar mengenai perniagaan online drop-ship ini. Malah perniagaan online secara drop-ship ini merupakan perniagaan online yang sangat disukai dan mudah dijalankan di kalangan pelajar university, bekerja di hadapan computer, pengguna smartphone dan suri rumah sepenuh masa.

Secara ringkasnya, perniagaan online drop-ship merupakan perniagaan online yang paling mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.Di mana agent drop-ship hanya perlu melakukan promosi, membuat order dan masukkan maklumat pembeli di dalam laman web pemilik bisnes tersebut. Agent drop-ship juga perlu mark-up sedikit harga mereka semasa mereka membuat promosi atau sebelum memaklumkan harga kepada pembeli seterusnya pembeli melakukan pembayaran kepada akaun mereka. Anda kurang faham? Mari saya tunjukkan analogi perniagaan online drop-ship ni.

“Liza ialah Agent drop-ship kepada produk pakaian wanita milik Esgesee.com”

Liza lihat harga di laman web Esgesee.com

Harga pakaian di Esgesee.com: RM21.00

Liza copy gambar produk pakaian tersebut dan upload ke Facebook Liza .

Seterusnya Liza nyatakan harga pakaian tersebut ialah: RM35.00

Pelanggan Liza membuat bayaran RM35.00 dan untung Liza:RM14.00

Jadi Prepaid Credit Liza di Esgesee.com akan ditolak secara automatic sebanyak RM21.00 sahaja.

Bermakna Liza telah markup keuntungan RM14.00. Itu sahaja Liza perlu buat.
Proses penghantaran semua akan di uruskan oleh Esgesee.com.
Liza hanya perlu update tracking number sahaja kepada customer.

*contoh di atas tidak termasuk kos Poslaju. Walaubagaimanapun kos poslaju adalah bergantung kepada berat bungkusan dan pakaian. Kebiasaan kos penghantaran di antara semenanjung Malaysia untuk 1 helai baju adalah RM6.00 sahaja. Seperti biasa anda perlu nyatakan kos Poslaju kepada pelanggan anda.

 Mudah bukan?

Bukan setakat produk pakaian sahaja, hampir kesemua jenis bisnes sekarang memerlukan Agent drop-ship. Begitu juga di Esgesee.com. Anda yang berminat untuk menjadi agen drop-ship bagi koleksi fesyen keluaran Esgesee.com boleh lah bertindak mulai sekarang. Di mana untung yang lumayan bakal menanti agent-agent drop-ship.

Banyak sebenarnya kelebihan menjadi agent drop-ship ni. Selain menjimatkan masa dan tenaga, anda tak perlu tumpu pada satu bisnes sahaja.Anda juga boleh menjadi agen drop-ship produk yang lain juga. Menarik kan?Jadi jom bertindak sekarang!

Perniagaan fesyen online di Esgesee.com hanya bermula dengan modal serendah RM200.00 sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi Agen drop-ship Koleksi Fesyen Korea Esgesee.com boleh lah berbuat demikian melalui pautan di bawah.

https://www.esgesee.com/how-to-join-dropship-agent/ [KLIK]

Selamat datang ke Esgesee.com!

4 comments

  1. cahaya1974 says: 07/04/2016
  2. yunnaz88_aziz says: 26/03/2017

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply

RM0.000 items